28/12/2015:Kedai Lampu Dan Peralatan Elektrik Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

Sebuah kedai lampu dan peralatan elektrik dua tingkat musnah dalam kebakaran di Bandar Tyng, Batu 6, Sandakan.

Api bagaimanapun dapat dikawal anggota bomba daripada merebak ke premis dan bangunan kedai bersebelahan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.57-pagi dan menghantar dua jentera bersama 15-anggota.

Katanya api dapat dikawal daripada merebak ke bangunan bersebelahan sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.37-pagi.

Menurut beliau, kebakaran memusnahkan keseluruhan kedai tersebut termasuk semua peralatan lampu dan elektrik yang dijual di kedai itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, isteri pemilik kedai berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata kedai tersebut dibuka SEMALAM, sebelum ditutup pukul 3-petang.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan kerugian besar kerana kedai berkenaan turut menempatkan stok barangan elektrik dan mereka dijangka mengambil masa lebih enam bulan untuk beroperasi semula.

 

Ends/alizaali/Bernama.

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s