28/12/2015:Keselamatan Perairan Jadi Keutamaan PDRM Sabah

Keselamatan perairan negeri ini terus menjadi keutamaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman berkata walaupun berdepan cabaran, Polis Sabah tetap berusaha memastikan keadaan Sabah sentiasa terkawal dan aman.

Apa yang penting, katanya semua pasukan keselamatan terutama ketua-ketua polis daerah dan formasi sentiasa bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat khususnya berkaitan jenayah rentas sempadan termasuk penculikan dan pemerdagangan manusia.

Dato’ Jalaluddin yang diiringi isteri Datin Hajah Siti Aishah Haji Haron ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang DiPertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan Toh Puan Hajah Nurlidah Tan Sri R.M Jasni di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Dato’ Jalaluddin yang berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah sejak 30 Jun tahun lalu, dilantik sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Kuala Lumpur berkuatkuasa 31 Disember ini.

 

Ends/alizaali/Salma/hisyam/cov

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s