28/12/2015:Ruji Ubi Mulakan Tugas Sebagai Pegawai Kemajuan Negeri

Pegawai Kemajuan Negeri yang baharu, Ruji Ubi HARI INI memulakan tugas rasminya di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Likas, Kota Kinabalu.

Ruji yang tiba pada pukul 7.40-pagi, disambut Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri, Sadim Abdul dan pegawai-pegawai kanan pejabat kemajuan negeri.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) itu kemudian diperkenalkan kepada kakitangan pejabat berkenaan sebelum memulakan tugasnya.

Ruji dilantik sebagai Pegawai Kemajuan Negeri berkuatkuasa 16 Disember lepas, menggantikan Datuk Matusin Sunsang yang bersara wajib awal bulan ini, manakala Pengarah Imigresen Sabah, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan pula mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM.

Ruji berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya pada 1995 dan Ijazah Sarjana Pengajian Antarabangsa dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia pada 2010.

Anak jati Sabah itu pernah berkhidmat di pelbagai kementerian dan jawatan terakhir beliau sebelum dilantik Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah iaitu sejak Disember 2010 hingga Ogos 2014.

 

Ends/alizaali/Bernama.

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s