28/12/2015:Tan Sri Pandikar Amin Jalankan Tugas Presiden USBO Berkuatkuasa Serta Merta

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menjalankan tugas sebagai Presiden Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak berkata beliau telah mengambil cuti sebagai presiden badan bukan kerajaan itu, yang merupakan anggota gabungan Barisan Nasional, untuk membolehkan beliau menumpukan tugas sebagai menteri dalam Kabinet Persekutuan.

Sehubungan itu, katanya Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Timbalan Presiden 1 USBO akan menjalankan tugas presiden dan perkara itu telah dipersetujui Tan Sri Pandikar.

Datuk Salleh menyatakan perkara ini dalam blognya, sskeruak.blogspot.my.

Dua lagi Timbalan Presiden USBO ialah Datuk Salsidu Ibrahim dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, manakala Anggota Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur adalah Setiausaha Agung USBO.

 

Ends/alizaali/Bernama.

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s