29/12/2015:Malaysia Capai Tahap Sara Diri Bekalan Susu 5 Tahun Lagi

Malaysia berupaya mencapai tahap sara diri bekalan susu dalam tempoh lima tahun akan datang melalui sistem pengeluaran yang baik serta peruntukan modal sewajarnya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan, bekalan susu negara kini masih banyak bergantung kepada import iaitu kira-kira 20 juta liter setahun dari negara seperti New Zealand dan Australia.

Sekiranya bilangan lembu tenusu di negara ini dapat ditingkatkan kira-kira 10 ribu ekor berbanding bilangan minimum sekarang dengan menggunakan model pengeluaran sedia ada serta pengusaha lembu tenusu yang berkebolehan, Malaysia berupaya mengeluarkan susu lembu sehingga 30 juta liter setahun.

Dato’ Sri Ahmad Shabery menyatakan demikian kepada pemberita selepas melawat ladang lembu tenusu Evergreen Livestock di Kampung Bomboi, Keningau.

Mengenai kemampuan Sabah dalam industri tenusu, beliau yakin model perusahaan yang dibangunkan di Sabah adalah baik selain kesesuaian negeri ini khususnya Keningau dalam industri berkenaan.

Pada masa ini pembekal daging tempatan cuma mampu memenuhi 30 peratus keperluan daging negara manakala selebihnya diimport.

 

Ends/Donny (Loy/ber/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s