29/12/2015:Operasi Dilaksana Untuk Cegah Kemalangan Maut

Polis Kota Kinabalu telah melaksanakan dua operasi keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Krismas yang bermula 24 hingga 27 Disember lalu.

Ketua Polisnya, ACP M.Chandra berkata, dua operasi yang dilaksanakan itu ialah Op Samseng Jalanan dan Op Mabuk.

Bercakap dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, beliau berkata, dalam operasi itu, sebanyak 67 buah kenderaan dan 70 orang telah diperiksa secara teliti.

Sebanyak 698 keping saman POL 257 dan POL 170A turut dikeluarkan atas pelbagai keselamatan lalulintas.

Sementara itu, 13 orang positif alkohol dibawa ke balai trafik IPD Kota Kinabalu dan pemeriksaan lanjut mendapati 8 daripada mereka melebihi had alkohol yang ditetapkan. Sebuah motosikal turut disita dalam operasi tersebut.

ACP M.Chandra berkata, walaupun aktiviti samseng jalanan di Kota Kinabalu agak berkurangan dan terkawal, namun perlu pemantauan berterusan bagi mencegah kegiatan itu daripada berleluasa.

Sementara itu, rondaan dan penguatkuasaan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol di musim perayaan juga dapat mencegah kemalangan maut.

 

Ends/Donny (Oli/Stat)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s