29/12/2015:Pulau Bum-Bum Berpotensi Jadi Lokasi Pelancongan Menarik

Pulau Bum-Bum berpotensi menjadi salah satu lagi lokasi menarik untuk dikunjungi para pelancong di Semporna sekiranya dibangunkan dengan pelbagai produk pelancongan.

Penaung Generasi Anak Bum-Bum, Datuk Hj Abdul Hajan Hj Gurimbang berkata, bagi tujuan tersebut, pulau berkenaan dicadang dibangunkan dengan program inap desa dan aktiviti koperasi.

Langkah itu bukan sahaja dapat menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara malah berupaya meningkatkan tahap sosio-ekonomi penduduk melalui pembangunan ekonomi dan eko-pelancongan di pulau berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui RTM pada program jalinan silaturahim anak-anak bum-bum di kampung pulau bum-bum Semporna.

Program ini antara lain bertujuan menghimpunkan generasi muda dari kampung berkenaan untuk melaksana aktiviti yang dapat mengeratkan kembali hubungan silaturahim mereka yang terputus kerana berhijrah ke tanah besar untuk meneruskan kehidupan atau bekerja.

 

Ends/Donny/Tika (Suraida/Twu)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s