29/12/2015:Tapis Pandangan Yang Disebarkan Pihak Tidak Bertanggungjawab

Umat Islam perlu menapis pandangan yang disebarkan oleh pihak yang menyimpan prasangka buruk terhadap orang lain.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak berkata, bukan semua pandangan yang disebarkan di internet, majalah dan laman sosial adalah benar dan sebagai umat Islam, berita yang membahaskan keaiban orang lain dan membahayakan pemikiran tidak patut didengari.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Kota Belud.

Datuk Dr. Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, Islam dengan jelas telah menyuruh umat agar sentiasa berfikiran baik dan menjauhi buruk sangka terhadap orang lain.

Turut hadir dalam sambutan itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli, yang juga ADUN Tempasuk.

 

Ends/Donny (Bern/Donny)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s