29/12/2015:Tindakan Diambil Untuk Melindungi Hidupan Liar Di Kawasan K-CoL

Penubuhan Unit Peronda Hidupan Liar Kinabatangan merupakan antara tindakan penting diambil untuk melindungi hidupan liar di kawasan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KCoL).

Usaha pemuliharaan kawasan itu secara berterusan penting disebabkan ia menjadi pelindung kepada banyak spesies yang jarang dijumpai dan yang hampir pupus, termasuk monyet proboscis, gajah pygmy, orang utan dan badak sumbu serta pelbagai unggas.

Penubuhan Unit Peronda Hidupan Liar Kinabatangan adalah atas inisiatif Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA) yang dianggotai 14 pengusaha pusat penginapan sepanjang Hilir Sungai Kinabatangan yang ditubuhkan pada 2008.

Presiden KiTA, Alexander Yee memberitahu Bernama, Unit Peronda itu akan memantau aktiviti pelancongan dan menguatkuasakan pencerobohan di kawasan habitan hidupan liar.

Unit itu akan bekerjasama dengan Unit Peronda Riparian K-CoL yang diwujudkan oleh persatuan itu sebelum ini dengan kolaborasi Jabatan Perhutanan Sabah pada Oktober 2015.

 

Ends/Donny (Bern/Donny)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s