30/12/2015:Kampung Cenderamata Dua Likas Diiktiraf Kampung Tanpa Sampah Buat Kali Ketiga

Kejayaan Kampung Cenderamata Dua, Likas yang mendapat pengiktirafan kali ketiga sebagai Kampung Tanpa Sampah membuktikan sokongan padu penduduk kampung itu terhadap Kempen Zon Tanpa Sampah yang dilancarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sejak tahun 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Kampung Tanpa Sampah Kg. Cenderamata Dua, Mulkaseh Haji Renda berkata konsep zon tanpa sampah yang diperkenal DBKK adalah inspirasi utama penduduk kampung untuk memastikan kampung mereka sentiasa bersih dan cantik.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pengiktirafan Kampung Tanpa Sampah di Kampung Cenderamata Dua, Likas.

Majlis penyampaian sijil pengiktirafan itu disempurnakan Ketua Pendidikan Awam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Lizawana Haji Matin, mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir.

Tahun depan, Kampung Cenderamata Dua menyasarkan untuk mendapat pengiktirafan sebagai Kampung Dalam Taman dengan penanaman lebih banyak pokok bunga di sekitar kampung termasuk di halaman rumah penduduk.

 

Ends/alizaali/Mun/Tan/Tam/cov

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s