30/12/2015:Mayat Ditemui Terapung Di Bawah Rumah Atas Air

Satu mayat ditemui terapung di bawah sebuah rumah atas air di Kampung Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu, AWAL PAGI TADI.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra, mangsa dikenali sebagai Zainudin Lee @ Abdullah, 54-tahun, beralamat di Kampung Tanjung Aru Baru.

Dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, ACP Chandra berkata mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan tertiarap di laut, di bawah rumah pengadu, kira-kira 100-meter dari tebing berdekatan Kampung Tanjung Aru Baru pada 2.10-minit pagi.

Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa dan disyaki tergelincir dan jatuh ke dalam laut.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat.

 

Ends/alizaali/st

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s