30/12/2015:Polis Buru Seorang Lagi Suspek Kes Samun Kedai 24 Jam

Polis sedang memburu seorang remaja lelaki yang disyaki terbabit dalam sebuah kes samun Kedai 24 Jam di Api-Api Centre, Kota Kinabalu, AWAL PAGI TADI.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata pihaknya berjaya menangkap seorang daripada suspek kes tersebut menerusi satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu, hasil maklumat risikan dan orang awam.

Suspek lelaki itu dikenal pasti sebagai suspek yang bertindak mengacukan pisau dan mengambil wang dari premis terbabit sewaktu kejadian. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit, sebilah pisau dan beg silang yang digunakan suspek semasa kejadian.

Dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, ACP Chandra berkata penangkapan suspek tersebut sekaligus menyelesaikan kes samun Kedai 24 Jam berkenaan. Namun, polis akan terus memburu seorang lagi rakan suspek bersabit kes itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja lelaki dikenali sebagai Ijam, 17-tahun, beralamat di Kampung Pondo, Pulau Gaya, Kota Kinabalu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Albert Basiri menerusi talian 019-830 6586 atau mana-mana balai polis berdekatan.

 

Ends/alizaali/st

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s