30/12/2015:Sambut Baik Usaha Kementerian Kesihatan Dalam Kuatkuasa Larangan Menghisap Vape

Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan dalam menguatkuasakan larangan menghisap vape atau rokok elektronik di 21-kawasan yang diwartakan, sekiranya ia termasuk di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pihaknya tiada masalah untuk mematuhi keputusan Kementerian Kesihatan yang lebih berkredibiliti dalam isu tersebut.

INSERT : (RAHMAN-VAPE)
Q IN : “Kita hanya menunggu arahan drpd pihak yg berkenaan terutamanya kementerian kesihatan” … “Buat masa ini, terpulanglah kepada jurisdiction masing-masing tapi kalau ada org yg ingin menjual sudah tentu pihak berkuasa tempatan mempunyai alasan utk menolak permohonan itu utk membuat bisnes vape ini dlm kawasan PBT”.

Datuk Abdul Rahman yang ditemui pemberita RTM di Kota Belud, berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berhubung pewartaan larangan vape di 21-kawasan yang akan dkuatkuasakan mulai tahun depan.

Pengumuman dilakukan selepas satu mesyuarat Jawatankuasa Khas menambahbaik Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, baru-baru ini.

 

Ends/oli/ay/rms/cov

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s