12/01/2016:Bantu Dan Beri Sokongan Kepada Ahli Parlimen

Ahli-ahli parlimen perlu membantu dan memberi sokongan kepada ahli parlimen lain terutama dalam pembangunan profesional institusi tersebut.
Ia bagi membolehkan ahli parlimen melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
Speaker Parlimen New Zealand, David Carter berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pembangunan dan Orientasi untuk Ahli-Ahli Parlimen’ di DUN Sabah, Kota Kinabalu.
Jelasnya, ahli-ahli parlimen berdepan tekanan kerja dan waktu bekerja yang panjang. Sehubungan itu, institusi parlimen perlu memastikan ahlinya diberi latihan dalam menghadapi tekanan dan beban kerja ketika bertugas.
David juga berkata, tempoh masa antara tiga hingga 5 tahun menjadi ahli parlimen bukanlah kayu pengukur tepat bagi melihat kebolehan serta prestasi seseorang wakil rakyat.
Ini kerana wakil rakyat perlu menyumbang secara positif kepada masyarakat, bukan sahaja ketika berkhidmat malah selepas tamat tempoh lantikan serta kembali kepada komuniti.

 

Maria (Farah/Salma/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s