12/01/2016:Empat Ditahan Termasuk 3 Anggota Polis Selepas Disyaki Terlibat Lakukan Penculikan Bersenjata Di Lahad Datu

Tiga anggota polis dan seorang orang awam ditahan selepas disyaki terlibat melakukan penculikan bersenjata terhadap seorang wanita Filipina di Lahad Datu, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, dua daripada tiga anggota berkenaan berpangkat koperal dan seorang berpangkat konstabel. Mereka didakwa melakukan penculikan tersebut di rumah mangsa di Kampung Silam, Lahad Datu pada 6 Januari lalu.

Menurut Datuk Salehhudin, penculikterbabitmengugutuntukmembunuhmangsasekiranyagagalmembayarwangtebusanberjumlah 50 ribu ringgit.
Hasil tangkapan, pihak polis turut merampas dua laras senjata api HKMP5 dan selaras M16 milik PDRM, sebuah pacuan empat roda Ford Ranger, sebuah Perodua Viva pakaian suspek, wang tunai 8 ribu 100 ringgit dan empat unit telefon bimbit.
Datuk Salehhudin memberitahu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu.
Menurutnya, kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang memperuntukan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan juga sebatan.

 

Maria (Azwaani/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s