12/01/2016:Indeks Jenayah Sabah Menurun Tahun Lalu

Indeks jenayah di Sabah tahun lalu menurun sebanyak 43 kes daripada 5 ribu 176 kes berbanding 5 ribu 219 kes pada 2014.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, kadar jenayah masih terkawal dengan kes pecah rumah antara penyumbang terhadap indeks jenayah berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 35 orang ditahan dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) Pindaan 2012, sejak akta itu diperluas dan diwartakan ke Sabah dan Sarawak pada April tahun lepas.
Daripada mereka yang ditahan, 11 orang diletakkan di bawah perintah tahanan, (20) perintah pengawasan, (1) bebas dan (3) masih dalam siasatan.
Datuk Salehhudin menjelaskan, kesemua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah seperti curi, perjudian dan pemerdagangan orang.

 

Maria (Azwaani/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s