12/01/2016:Persidangan Diharap Capai Kesepakatan Dalam Melindungi Anggota Dan Keistimewaan Parlimen

Elemen-elemen asas yang terkandung sebagai Keistimewaan Parlimen mampu melindungi keberkesanan fungsi demokrasi.
Demikian ditegaskan Speaker Dewan Negara Zambia, Dr. Patrick Matibini dalam Persidangan Ke-23 Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) di Dewan Undangan Negeri, Kota Kinabalu.
Ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Keistimewaan Parlimen – Melindungi Keberkesanan Fungsi Demokrasi’, Dr. Patrick berkata dua elemen asas keistimewaan parlimen ialah Kebebasan bersuara dan Kebebasan Dewan untuk mengawal selia hal ehwal dalaman.
Elemen tersebut turut merangkumi lima elemen utama iaitu Kebebasan bersuara; Kebebasan mengawal selia prosiding dalaman; Prinsip pembahagian kuasa; Kuasa menghukum atas kesalahan; dan Kebebasan daripada penahanan.
Dr. Patrick berharap persidangan itu mencapai kesepakatan dalam melindungi para anggota dan keistimewaan Parlimen melalui pelaksanaan kebebasan bersuara tanpa menjejaskan tugas mereka dalam melaksanakan fungsi demokrasi secara berkesan.

 

Maria (Salma/Firdaus/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s