12/01/2016:Peruntukan RM60 Ribu Untuk Mukim Ulu Kiulu

Peruntukan hampir 60 ribu ringgit disediakan bagi melaksana beberapa projek di Mukim Ulu Kiulu, tahun ini.
Wakil rakyat Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, projek itu termasuk pembinaan jambatan gantung mini Kampung Tudan dan pembinaan semula jambatan gantung Kampung Sungoi, paip air graviti Kampung Sungoi dan Kampung Karaba dan kerusi plastik untuk dewan serbaguna Kampung Tudan.
Selain projek tersebut, beliau juga memakluman projek Bekalan Elektrik Luar Bandar bernilai 14 juta ringgit kini sedang dalam pembinaan di 5 buah kampung di Kiulu. Kampung berkenaan ialah Kampung Tudan, Romokon, Poring, Sungoi dan Tebobon. Projek tersebut dijangka siap sebelum akhir tahun ini.
Datuk Joniston berucap ketika merasmikan Kem Kesihatan di Kampung Tudan, Kiulu.
Katanya, pembinaan projek berkenaan tanda prihatin kerajaan terhadap keperluan pembangunan di kawasan pedalaman.
Untuk memastikan pembangunan berterusan di kampung-kampung, beliau berkata, rakyat perlu sentiasa bekerjasama dan bersatu padu serta mengetahui keperluan di kawasan masing-masing.

 

Maria (Juliana/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s