12/01/2016:TYT Hadir Jamuan Malam CSPOC

Persembahan tarian kebudayaan tiga suku kaum iaitu Dusun Lotud, Dusun Tatana dan Bajau Sama menyerikan majlis jamuan malam meraikan delegasi Persidangan ke-23 Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC), yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN), malam tadi.
Tarian suku kaum berkenaan dipersembahkan penari Lembaga Kebudayaan Sabah.Tarian tradisi suku kaum Dusun Lotud dengan kepercayaan dunia spiritual, Dusun Tatana dengan latar belakang pertanian dan Bajau Sama dengan kepakaran menunggang kuda.
Selain persembahan kebudayaan, delegasi juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian.
Hadir dalam majlis itu Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Syed Abas Syed Ali serta speaker dan timbalan speaker DUN dari seluruh negara, menteri-menteri kabinet negeri dan pembantu menteri.

 

Maria (Juliana/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s