13/01/2016:Anjur Program Kesihatan Di Setiap Daerah

Persatuan Jururawat Sabah sedia bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan dalam melaksana pelbagai program kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada penduduk di bandar dan luar bandar.

Presidennya, Hajah Tomblow Ngadiran berkata ini termasuk menganjurkan program pemeriksaan kesihatan di setiap daerah di samping membuat lawatan ke rumah-rumah anak yatim.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan Isteri Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Persatuan Jururawat Sabah ditubuhkan pada tahun 1978 dan sehingga kini mempunyai lebih sembilan ribu ahli seluruh negeri.

Dalam masa sama, Tun Haji Juhar turut menerima kunjungan daripada Ahli Lembaga Pengarah Kelab Lion Kota Kinabalu yang diketuai Naib Presidennya, Dr. Arabi Wazani.

Kunjungan itu bertujuan menjemput Tun Haji Juhar dan Isteri Toh Puan Hajah Norlidah untuk menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-50 kelab berkenaan pada Oktober ini di Dewan Hakka, Kota Kinabalu.
Ends/FLA/sahira/cov

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s