13/01/2016:Lelaki Disyaki Bunuh Isteri Dan Anak Tiri Berjaya Ditahan

Lelaki yang disyaki membunuh bekas isteri dan anak tirinya berjaya ditahan ketika bersembunyi di kawasan Ladang Kelapa Sawit Permodalan 1 IOI di Sukau, di Kinabatangan semalam.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintenden A. Sahak Rahmat, lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan polis dengan bantuan pekerja ladang pada pukul 3.15 petang.

Katanya lelaki itu dipercayai bersembunyi di ladang kelapa sawit berkenaan selepas menikam bekas isteri dan anak tirinya di rumah pekerja ladang tersebut pada Isnin lepas.

Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian itu, suspek disyaki menikam bekas isterinya yang berusia 39 tahun dan anak tiri lelakinya berusia 24 tahun ketika kedua-dua mangsa sedang tidur di rumah pekerja ladang.

Kejadian itu disaksikan anak lelaki mereka berusia 14 tahun yang turut berada di rumah pekerja berkenaan tetapi tidak dicederakan bapanya itu.

 

Superintenden A. Sahak berkata tiada senjata tajam dirampas daripada lelaki itu dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mencari senjata yang digunakan dalam kes berkenaan.

Berikutan penangkapan lelaki itu, beliau turut berterima kasih kepada orang awam yang sama-sama membantu polis hingga tertangkapnya suspek.

Beliau turut menghargai peranan media dalam membantu polis hingga dapat menyelesaikan kes itu.
Ends/FLA/BERNAMA

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s