13/01/2016:Pastikan Pelajar Dapat Pembelaan Sewajarnya Dalam Menuntut Ilmu

Kerajaan negeri dan pusat sentiasa berusaha memastikan golongan pelajar mendapat pembelaan sewajarnya dalam menuntut ilmu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, antara langkah itu ialah pembinaan dan pewujudan sekolah yang mempunyai kemudahan serba lengkap bagi memastikan suasana pembelajaran yang selesa.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Kembali ke Sekolah anjuran Biro Pendidikan Umno Bahagian Libaran di SK Tinusa Jaya Sandakan.

Datuk Musa yang juga Ketua Umno Bahagian Libaran turut mengingatkan ibu bapa agar tidak menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidik anak-anak.

Menurutnya, semua pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pemimpin setempat perlu bekerjasama bagi melonjakkan prestasi kecemerlangan dan pencapaian anak-anak.

Dalam pada itu, Datuk Musa turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengurus Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail yang memberi sumbangan ikhlas sebanyak 50-ribu ringgit masing-masing 25 ribu ringgit kepada SMK Tinusa dan 25 ribu ringgit lagi kepada SK Tinusa Jaya.

Seramai 2-ratus 70 pelajar tahun satu dan tahun dua sekolah berkenaan menerima sumbangan beg sekolah.

Datuk Musa turut menyampaikan hadiah dan saguhati kepada 14 orang pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

 

Ends/FLA (wan/saziri/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s