13/01/2016:Persidangan CSPOC Berakhir Hari Ini

Persidangan Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) Ke-23 yang berlangsung selama 3 hari di Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, melabuhkan tirai kira-kira pukul 12-tengahari tadi sekaligus berjaya mencapai objektifnya.

Persidangan itu dihadiri 1-ratus 87 delegasi dari 43 negara Komanwel termasuk Speaker dan Timbalan Speaker dari badan perundangan di negara ini.

Dalam ucapan penutupan persidangan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin amat berterima kasih kepada setiap Speaker yang mengambil bahagian kerana membincangkan isu serta berkongsi pengalaman secara realistik.

Beliau yakin persidangan berkenaan akan meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara Komanwel khususnya bagi menghadapi cabaran ketika menjalankan tanggungjawab sebagai speaker di negara masing-masing.

Tan Sri Pandikar berkata, sepanjang persidangan itu, beliau berjaya mengotakan janji beliau di New Zealand untuk mengetengahkan budaya tradisi masyarakat Sabah yang menggambarkan budaya Malaysia. … LAGI …

 

Sempena penutupan persidangan CSPOC ke-23, Tan Sri Pandikar menyerahkan bendera CSPOC kepada Seychelles, tuan rumah CSPOC pada tahun 2018.

Speaker Parlimen Seychelles, Dr. Patrick Herminie berterima kasih dengan pemilihan negaranya untuk penganjuran persidangan itu seterusnya.
Ends/FLA (juliana/aa/sjk/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s