13/01/2016:Rozaimi Sertai JDT

Sukan.

Hasrat jurulatih Sabah, Vjeran Simunic untuk mendapatkan khidmat Rozaimi Abd. Rahman tidak menjadi kenyataan apabila bekas penyerang Harimau Muda itu menandatangani kontrak tiga tahun dengan pasukan JDT semalam.

Sebelum ini, Simunic menaruh harapan pemain itu walaupun dilanda kecederaan pada musim lepas, kembali cergas di atas padang dan meraih tempat dalam skuad badak.

Nyata kecewa dengan pemergian Rozaimi ke JDT, jurulatih dari Croatia itu mengakui ia adalah kesilapannya sendiri yang menyebabkan Rozaimi disambar pasukan lain.

Sebelum ini katanya, walaupun ada yang meragui tahap prestasi Rozaimi, beliau tetap yakin dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya.

Justeru katanya, beliau kesal dengan kegagalan mendapatkan khidmat bekas penyerang Sabah itu.

 

Sementara itu, pengurus pasukan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan turut terkejut dengan laporan bahawa Rozaimi menandatangani kontrak dengan JDT seperti yang dipaparkan dalam laman web rasmi pasukan itu.

Ini kerana katanya, Rozaimi telahpun menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi Skuad Badak.

Bagaimanapun katanya, beliau akan meghubungi Rozaimi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Beliau juga menafikan bahawa Sabah tidak mahu mendapatkan khidmat Rozaimi kerana perbincangan awal telahpun dibuat dan Rozaimi juga katanya telahpun menyatakan persetujuan untuk bermain dengan pasukan Sabah.

Datuk Nizam ditemui media selepas menyaksikan perlawanan persahabatan pasukan Sabah dengan DYS FC yang bakal membuat penampilan sulung dalam Liga FAM musim ini.
Ends/FLA (Donny/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s