14/01/2016:Jabatan Kastam Sabah Sasar Daftar 1000 Syarikat Di Bawah Sistem GST

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri Sabah menyasarkan untuk mendaftarkan seribu syarikat di bawah sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menerusi Ops Jejak GST 2016.

Operasi itu bermula Ahad ini sehingga 22 Januari depan membabitkan 90 pegawai kastam.

Pengarah Kastam Sabah, Datuk Dr. Haji Janathan Kandok berkata, pegawainya akan melakukan pemeriksaan ke atas premis yang layak tetapi masih belum mendaftar.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media di Kota Kinabalu.

Katanya, operasi itu membabitkan pemeriksaan ke atas premis perniagaan bagi menjejaki, memberi khidmat nasihat dan mendaftarkan individu, syarikat atau perniagaan yang didapati layak berdaftar GST tetapi masih belum berbuat demikian.

Tindakan juga akan diambil terhadap syarikat yang gagal mematuhi peraturan di bawah Seksyen 9 Akta GST 2014 iaitu mengenakan GST kepada pelanggan tetapi syarikatnya masih belum berdaftar.

Setakat ini, tiga syarikat telah dikenakan kompaun dan tiga lagi telah dibawah ke mahkamah atas kesalahan di bawah Akta tersebut.

 

Ends/Donny (Wani/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s