20/01/2016:Ambil Kira Kenaikan Harga Barang Keperluan Dan Kos Sara Hidup Rakyat Yang Semakin Membebankan

Pengguna dan peniaga di negeri ini mahu kerajaan mengambil kira kenaikan harga barang keperluan dan kos sara hidup rakyat yang kini semakin membebankan dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada 28 Januari ini.

Orang ramai yang ditemui Kru Berita RTM di Kota Kinabalu amat mengharapkan tindakan kerajaan mengubahsuai Bajet 2016 yang dibentangkan tahun lalu.

Beberapa pengguna dan peniaga menyifatkan pengubahsuaian bajet 2016 amat bertepatan dalam menangani keadaan ekonomi sekarang dan memerlukan tindakan drastik pihak kerajaan untuk menangani masalah itu.

Pengubahsuaian Bajet 2016 diharap bersifat positif, mesra pasaran serta menepati jangkaan rakyat.

 

salma/zali/cov/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s