20/01/2016:Larian Amal UNITAR-SIDMA 13 Februari Depan

Pelari pecut kebanggaan Sabah, Felicia Mikat dipilih untuk melakukan pelepasan para peserta Larian Amal UNITAR-SIDMA pada 13 Februari depan di Kompleks Sukan Likas.

Felicia akan melakukan acara pelepasan itu bersama-sama Timbalan Canselor UNITAR, Profesor Madya Dr. Sakina Sofia Baharom.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Dr. Morni Kambrie berkata, Felicia yang kini masih menuntut di SMK Badin Tuaran bersetuju menerima pelawaan itu.

Menurutnya, Kolej SIDMA memilih Felicia kerana bangga dengan kejayaannya meraih tiga pingat emas iaitu 100meter, 200meter dan 400meter dalam Sukan ASEAN ke-8 di Singapura pada awal Disember tahun lepas.

Dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, Dr Morni memberitahu, lebih 1-ribu 500 peserta mengesahkan penyertaan larian itu dan dijangka mencecah 2-ribu peserta pada tarikh tutup pendaftaran, 10 Februari depan.

Orang ramai yang berminat menyertai Larian Amal UNITAR SIDMA boleh mendaftar dengan melayari http://www.unitarsidmarun.com atau menelefon 088-732 000.

 

Juliana/st

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s