20/01/2016:Usaha Warga Pendidik Dihargai

Umno Bahagian Beaufort amat menghargai usaha berterusan warga pendidik dalam memberikan didikan dan bimbingan para pelajar di daerah Beaufort.

Ketuanya, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata, usaha yang tidak mengenal putus asa itu membolehkan beberapa sekolah di daerah tersebut mencatatkan keputusan yang memberangsangkan. Usaha itu juga telah mengurangkan jurang antara sekolah luar bandar dan sekolah di bandar.

Beliau ditemui pemberita sempena Program Membara di Sekolah Kebangsaan Klias Baru, Beaufort.

Dalam majlis tersebut, Datuk Isnin turut menyampaikan beg sekolah kepada beberapa pelajar sekolah tersebut.

Bantuan itu diharap dapat memberikan motivasi dan meningkatkan semangat para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

 

Juliana/st

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s