22/01/2016:Harap Pengubahsuaian Bajet 2016 Tidak Jejas Peruntukan Pembangunan Pendidikan

Umno bahagian Beaufort berharap pengubahsuaian Bajet 2016 tidak menjejaskan peruntukan yang telah ditetapkan untuk pembangunan pendidikan di Sabah.

Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah berkata, peruntukan untuk pendidikan amat penting bagi memastikan kanak-kanak khususnya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah terus mendapat pendidikan yang berkualiti.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas mewakili Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih menyampaikan bantuan beg sekolah kepada 40 pelajar dibawah program “Membara” di Dewan SMK St Peter Bundu, Kuala Penyu.

Menurut Mohd Fadzlee, peruntukan yang sewajarnya dalam sektor pendidikan di Sabah amat diperlukan bagi menyediakan prasarana pendidikan lebih baik untuk keselesaan pelajar ketika sesi pembelajaran.

 

Rtka/Rtka (jaafar/artika/st)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s