22/01/2016:Jangan Panik Dengan Kehadiran Anggota Keselamatan Di Lapangan Terbang

Orang ramai dinasihat agar tidak panik dengan kehadiran anggota keselamatan di lapangan-lapangan terbang di negeri ini. Ini kerana kehadiran anggota berkenaan merupakan prosedur biasa bagi memantau keadaan keselamatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Abdul. Rashid Harun berkata, anggota terlibat bertanggungjawab memerhati dan menilai keselamatan kontinjen masing-masing seperti yang diarahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dato’ Abdul Rashid menegaskan demikian dalam sidang media selepas majlis Amanat bersama Warga Polis Daerah Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Dato Abdul Rashid kini dalam siri lawatan ke ibu pejabat polis daerah di seluruh negeri ini bagi membolehkan beliau berjumpa dengan pegawai dan anggota polis di setiap daerah.

 

Rtka/Rtka (salma/roslan/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s