22/01/2016:Pejabat Baharu JKDM Lahad Datu Dijangka Dibina Mei Tahun Ini

Pejabat baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lahad Datu bernilai kira-kira 20 juta ringgit dijangka dibina selewat-lewatnya Mei tahun ini.

Projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh itu turut dilengkapi kemudahan dewan serbaguna, tempat letak kereta, stor rampasan, surau, kafetaria serta bilik pejabat bagi 50 pegawai kastam yang bertugas di daerah tersebut.

Majlis pecah tanah pembinaan bangunan pejabat setinggi dua tingkat itu disempurnakan Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri Khazali Ahmad.

Ketika ditemui pemberita, Datuk Khazali berkata pembinaan bangunan itu mampu memberi keselesaan dan persekitaran kerja yang kondusif kepada petugas kastam serta para pelanggan berbanding pejabat sebelum ini yang dikelilingi kilang-kilang dan kurang kondusif kepada pelanggan jabatan untuk datang berurusan.

Terdahulu, berucap pada majlis pecah tanah itu, beliau berkata JKDM Sabah memungut hasil cukai kasar berjumlah 1.8 bilion ringgit sepanjang tahun lalu dan menyasarkan pungutan hasil cukai bersih 1.55 bilion ringgit bagi Sabah tahun ini.

 

Rtka/Rtka (mas/bernama)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s