22/01/2016:Penjawat Awam Diminta Ikuti Pengumuman Semakan Semula Belanjawan 2016

Penjawat awam di Sabah diminta mengikuti pengumuman semakan semula Belanjawan 2016 pada 28 Januari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata langkah itu akan membantu penjawat awam memberi perkhidmatan terbaik berdasarkan inisiatif yang bakal diumumkan. Ini kerana, semua penjawat awam perlu berganding bahu dalam menghadapi keadaan
ekonomi yang mencabar pada tahun ini.

Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-33 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) cawangan Sabah di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri di Likas, Kota Kinabalu.

Tan Sri Sukarti, yang juga Penasihat Puspanita Cawangan Sabah, berkata persatuan itu turut menerima kesan daripada pelaksanaan langkah perbelanjaan berhemah kerajaan. Namun, beliau yakin persatuan itu mampu menangani cabaran berkenaan melalui kreativiti dan semangat kerjasama dalam kalangan semua anggota di peringkat daerah dan daerah kecil.

 

Rtka/Rtka (she/bernama)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s