25/01/2016:Keselamatan Di Sabah Baik Dan Terkawal

Situasi semasa keselamatan di Sabah adalah baik dan terkawal. Bagaimanapun, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah memberi tumpuan yang serius dalam menilai situasi semasa ancaman keselamatan di negeri ini. Ini termasuklah memberi penekanan terhadap pengaruh dan ancaman kumpulan militan IS di Sabah.

Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, pihak berkuasa keselamatan diarah memantau sebarang petanda dan bentuk ancaman yang wujud serta tindakan-tindakan pencegahan secara berterusan.

Rakyat Sabah juga diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat dan petunjuk yang mencurigakan dari aspek keselamatan di kawasan masing-masing.

Datuk Musa menyatakan demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat JKKN Sabah yang pertama bagi tahun 2016 di Wisma Innoprise Kota Kinabalu.

Tambahnya, Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan menjadi platform terbaik bagi membolehkan tindakan pencegahan dan pengurusan sesuatu kejadian yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan negara. 

Enda/Artika/teks/cov/artika

Sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s