26/01/2016:Anggota USBO Buat Kunjungan Hormat Terhadap PM

Anggota-anggota majlis Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen, pagi tadi.

Kunjungan hampir sejam itu diketuai Pemangku Presiden USBO yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurtu Tan Sri Pandikar, kunjungan hormat itu diadakan bagi membincangkan matlamat USBO yang berikrar menyokong kepimpinan Najib selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN). Katanya USBO merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang unik kerana ia satu-satunya NGO yang menjadi ahli gabungan Sabah dalam BN.

Hadir sama, Timbalan Presiden USBO Datuk Salsidu Ibrahim dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Setiausaha agung USBO yang juga Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

(ends/id/bernama/sZA MS NH)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s