26/01/2016:Dua Suspek Geng Negro Ditahan, Seorang Lagi Masih Diburu

Polis berjaya menahan 2 daripada 3 suspek geng negro yang dipercayai terlibat dengan kes samun dan ragut serta curi kereta di bandaraya Kota Kinabalu baru-baru ini, sekaligus menyelesaikan 11 kes berkaitan.Mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, polis sedang memburu seorang lagi rakan suspek Jaroni Otto, 20 tahun, seorang warga Filipina yang beralamat di Skim Penempatan Telipok, bagi membantu siasatan.

Turut ditahan,seorang wanita rakyat Filipina yang memiliki dokumen IMM13, yang dipercayai bertindak sebagai pembeli.

Dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, sebanyak 11-kes jenayah telah dilakukan geng negro sepanjang 10 hari yang sekaligus telah memberi gambaran buruk kepada imej Kota Kinabalu. Namun jenayah bermusim berkenaan reda dengan tertangkapnya anggota “geng negro” berkenaan.

11-kes direkodkan geng berkenaan termasuk kes melibatkan pekerja sebuah di klinik swasta, kes melibatkan seorang ibu pelajar Sekolah Swasta di Kingfisher dan beberapa kes jenayah di Luyang dan sekitar Kota Kinabalu.
Antara barangan yang dirampas ialah telefon bimbit, kad ATM, buku bank dan kenderaan curi yang digunakan untuk melakukan jenayah, bernilai 140-ribu ringgit. Kebanyakkan jenayah berkenaan dilakukan pada waktu siang.

(ends/id/salma/tony/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s