26/01/2016:Gara-gara Rambutan, Warta Tua Maut Ditetak Anak Saudara

Gara-gara sering mengambil buah rambutan milik anak saudaranya, seorang warga tua Angah Angamai 85 tahun ditetak sehingga mati oleh anak saudaranya.

Suspek seorang lelaki berumur 49 tahun telah bertindak diluar kawalan dengan menetak pakciknya sebanyak 28-kali termasuk 5 tetakan di leher dan 2 tetakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, kejadian berlaku di Kampung Likowon, Sook di Keningau, 22 januari lalu.

Dalam sidang media di Keningau, beliau memberitahu, mangsa Angah Angamai ditetak dibelakang rumah suspek, dan mayatnya telah dijumpai orang awam di sungai kampung Bonor berdekatan kampung tersebut, pada keesokkan harinya.

Selepas membunuh mangsa,suspek dikatakan telah mengheret mayat mangsa ke sungai lebih kurang 80 meter dari tempat kejadian.

Suspek telah ditangkap dikediamannya,dan dibawa ke balai polis Keningau untuk tindakan dan siasatan lanjut. Polis turut merampas barang bukti, iaitu sebilah parang berukuran 61 sentimeter panjang.

(ends/id/loy/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s