26/01/2016:Gerakan Koperasi Disaran Ceburi Sektor Pelancongan Sabah

Sektor pelancongan dan aktiviti hilirannya merupakan antara sektor ekonomi yang boleh diceburi sesebuah koperasi terutama koperasi bersaiz kecil dan mikro yang diwujudkan di luar bandar.

Ini kerana sektor pelancongan di Sabah berpotensi besar untuk dimajukan kerana masih belum diceburi sepenuhnya oleh gerakan koperasi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, kawasan luar bandar yang kaya dengan sumber semulajadi merupakan aset penting yang boleh membantu menjana ekonomi koperasi dengan menawarkan produk eko-pelancongan, seperti mendaki gunung, menyelusuri sungai dan merentasi hutan serta aktiviti pengurusan inap desa, yang sering menarik minat pelancong terutama dari luar negara.

Datuk Yahya berucap merasmikan Promosi Program Latihan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Cawangan Sabah 2016 dan Bicara Profesional Bertajuk “Potensi Pelancongan dan Aktiviti Gerakan Hiliran, Menjana Keberhasilan Gerakan Koperasi” yang berlangsung di Kota Kinabalu.

Datuk Yahya juga mahu pengurusan koperasi lebih bersedia untuk berubah ke arah pengurusan yang lebih profesional.

Ketika ini, Sabah mempunyai seribu 276-koperasi dengan jumlah aset sebanyak 693.5-juta ringgit.

(ends/id/Sahira/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s