29/01/2016:KDMM FC Bersedia Hadapi Liga Piala FAM

Saingan Liga Piala FAM.

KDMM FC dari Sabah yang akan membuat penampilan sulung dalam liga tersebut sudah bersedia sepenuhnya. Dibarisi pemain muda dan berpengalaman, pasukan itu menyasarkan kedudukan empat tempat terbaik seterusnya beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata, pasukan ini menjalani latihan sejak awal tahun dan bersedia sepenuhnya menjelang saingan yang bermula 28 Februari ini.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas Pelancaran Jersi pasukan KDMM FC yang disempurnakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Haji Apdal di Kota Kinabalu.

Menjadikan Stadium Keningau sebagai venu utama pasukan itu, Datuk Peter berkata, ia akan memberi peluang kepada penduduk di kawasan pedalamanan menyaksikan perlawanan pasukan tersebut.

Pasukan KDMM FC yang dibarisi pemain muda yang dikenalpasti daripada Liga KDM Malaysia dibimbing pengurus pasukan yang juga bekas pemain Sabah, Henry Soimpon dan Andrew W.Majanggim sebagai ketua jurulatih.

 

Rtka/Rtka (Donny/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s