29/01/2016:Kenderaan Lebih Muatan Serta Kenderaan Klon Jadi Sasaran Utama JPJ

Kenderaan lebih muatan serta kenderaan klon menjadi sasaran utama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah dalam operasinya tahun ini.

Berdasarkan rekod Laporan Perangkaan Statistik Penguatkuasaan JPJ Negeri Sabah bagi tahun 2015, rekod kesalahan bahagian Lebih Muatan, iaitu Lori Berat Dengan Muatan Lebih 5-ribu Kilogram dan Lori Berat Dengan Muatan Kurang 5-ribu Kilogram masing-masing mencatatkan 2-ribu 75-kes dan 1-ribu 122 kes pada tahun lalu.

Dalam temuramah khas di Kinarut, Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Sabah, Abdul Rahman Zakaria menyatakan, walaupun kes tersebut menunjukkan penurunan berbanding tahun 2014, namun, operasi penguatkuasaan akan terus dimantapkan terutama di kawasan persempadanan negara.

Sementara itu, JPJ Sabah turut menumpukan 7 kesalahan utama pemandu kereta dan pembonceng iaitu memotong barisan dan garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang keledar dan topi keledar serta menggunakan lorong kecemasan.

 

Rtka/Rtka (oli/rg/cvr)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s