29/01/2016:Kunjungan Hormat Terhadap TYT

Bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Adeline Leong yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia Ke Taiwan, berkuatkuasa Februari, DEPAN, tekad untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara kedua -dua negara.

Antara bidang yang diberi tumpuan adalah bidang perniagaan dan pelaburan yang berpotensi untuk diceburi usahawan kedua-dua negara.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Tun Dr. Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan Isteri, Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Terdahulu, Tuh Haji Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kemajuan Luar Bandar Sabah, Datuk Ghulam Jelani dan Isteri, Roziah Haji Ghulamdin.

Kunjungan bertujuan memaklumkan Tun Haji Juhar mengenai perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Brunei Darussalam, berkuatkuasa Februari, depan.

 

Rtka/Rtka (sahira/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s