29/01/2016:Pengubahsuaian Bajet 2016 Nyata Mengutamakan Rakyat

Pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak nyata mengutamakan rakyat.

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samad, walaupun negara berdepan pelbagai cabaran, namun pengubahsuaian bajet berkenaan masih menitik beratkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 22 penerima terdiri dari warga Emas, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) sempena sambutan Tahun Baru Cina di Tawau.

Mengenai rancangan pembukaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Tawau, Datuk Hamisa menyatakan, pembukaan pusat itu amat bertepatan kerana daerah berkenaan merupakan antara daerah terbesar dengan kedudukannya yang strategik sekaligus memudahkan penduduk sekitar melaksana pelbagai urusan secara berpusat.

 

Rtka/Rtka (masniah/osman/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s