29/01/2016:PPM Semporna Rampas Peralatan Bahan Letupan Ikan

Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas peralatan bahan letupan ikan dan menggagalkan tindakan tiga nelayan yang menjalankan penangkapan ikan secara haram di kawasan laut Kampung Hidaya, Semporna, MALAM TADI.

Dalam kejadian pukul 7.10 malam itu, Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata anggotanya yang menjalankan rondaan terserempak dengan sebuah bot pam yang mencurigakan di kawasan itu sebelum cuba menghampiri bot tersebut untuk diperiksa.

Namun, tiga nelayan di dalam bot itu mengambil risiko terjun ke laut dipercayai kerana takut ditangkap pihak berkuasa kerana melanggar undang-undang.

PPM berusaha mencari juragan dan dua anak perahu terlibat di kawasan terbabit tetapi gagal. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat empat unit peledak yang siap dipasang sumbu dan lima botol kaca berisi baja ammonia di bot itu. Turut dirampas kira-kira 15 kilogram ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan.

Dalam kenyataan media di Semporna, ACP Mohamad berkata turut dijumpai adalah peralatan menyelam yang diletakkan di bahagian lantai bot pam tersebut.

 

Rtka/Rtka (artika/bernama)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s