29/01/2016:Seramai 18,874 PATI Ditahan Tahun Lepas

Seramai 18 ribu 874 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan tahun lepas menerusi operasi bersepadu Jabatan Imigresen, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tahun lepas juga, seramai 27 ribu 769 tahanan termasuk yang berada di pusat-pusat tahanan sementara yang terdiri daripada warga Filipina, Indonesia, Pakistan, India dan China diusir keluar.

Menurut Pengarah Imigresen Sabah, Musa Sulaiman, pihaknya turut menolak kemasukan 236 pelancong asing ke negeri ini sepanjang tahun lepas. Tindakan itu dibuat apabila pelancong terbabit tidak memenuhi syarat kemasukan sebagai pelancong tulen.

Musa menyatakan demikian dalam sidang media di Kota Kinabalu.

Sementara itu Jabatan Imigresen Sabah akan melanjutkan masa operasi pos kawalan sempadan imigresen Sindumin Sabah dan Merapok Sarawak daripada 6 pagi hingga 10 malam kepada 6 pagi sehingga 12 tengah malam berkuatkuasa 1 Febuari depan.

 

Rtka/Rtka (Rita/Ag/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s