29/01/2016:SPR Negeri Giat Turun Padang Daftar Mereka Yang Layak Sebagai Pengundi

348-ribu penduduk di Sabah yang berumur 21 tahun ke atas dan layak mengundi masih belum mendaftar pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat 30 September 2015.

Menurut SPR Negeri Sabah, Datuk Mohd. Idrus Ismail, jumlah yang tinggi itu disebabkan sikap tidak ambil peduli dengan pilhan raya dan beranggapan keluar mengundi tidak membawa keuntungan kepada mereka sebagai individu.

Sehubungan itu, SPR giat turun padang untuk mendaftarkan mereka yang layak sebagai pengundi termasuklah di kawasan kompleks beli belah atau program anjuran pihak tertentu.

Selain itu, mereka yang layak juga boleh mendaftar dengan SPR pada bila-bila masa di pejabat SPR negeri.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita RTM selepas menjadi tetamu rancangan Kami Bah Ini di Studio RTM, Kota Kinabalu.

Sehingga kini, 995-ribu pengundi berdaftar dengan SPR di Sabah.

 

Rtka/Rtka (Donny/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s