29/01/2016:Tapak UTC Di Keningau Telah Dikenalpasti

Tapak Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang dirancang dibangunkan di Keningau telah dikenal pasti. Pusat itu akan dibuka di bangunan pasar raya lama bersebelahan dengan Gereja Saint Francis Xavier SFX Keningau.

Pegawai Daerah Keningau Haji Yusop Haji Osman berkata, UTC itu yang akan dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 9 malam bakal menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara JPN, Klinik Kesihatan dan Jabatan Imigresen.

Beliau menyatakan demikian di Keningau ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pengubahsuaian Bejt 2016 mengenai rancangan kerajaan akan melaksana pembinaan sepuluh lagi UTC termasuk di Keningau dan Tawau.

Sementara itu. Penolong Pegawai Daerah Tenom Kassim Haji Yunus berkata, kemudahan UTC itu membolehkan masyarakat di kawasan pedalaman mengurus pelbagai urusan secara setempat tanpa perlu ke bandar. Ini sekaligus membantu agensi kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

 

Rtka/Rtka (Loy/DD/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s