10/3/2016: GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN TERUS DIBANTU…

Yayasan Nur Jauhar akan terus melipatgandakan usaha serta bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membantu golongan kurang berkemampuan di Sabah.

Pengerusinya, Al Hambra Tun Haji Juhar berkata, penglibatan semua pihak dalam usaha tersebut amat penting agar golongan memerlukan tidak tercicir daripada menerima bantuan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Beliau berucap dalam program ziarah kasih Yayasan Nur Jauhar di Dewan Seri Panglima Antanom di Tenom.

Program itu, yang diadakan di seluruh daerah bukan sahaja bertujuan untuk menyalurkan bantuan, tetapi bagi mendalami permasalahan pelbagai lapisan masyarakat secara lebih dekat.

Seramai 150 orang terdiri warga emas, fakir miskin, muallaf dan pelajar Sekolah Rendah di Daerah Tenom masing-masing menerima sumbangan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan harian, termasuk dua kerusi roda kepada dua Orang Kurang Upaya.

Sumbangan disampaikan Isteri Yang Dipertua Negeri yang juga Penaung Yayasan Nur Jauhar, Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s