10/3/2016: KES LAHAD DATU: TERTUDUH TEGASKAN HANYA PENGAWAL PERIBADI SULTAN SULU…

Seorang tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau dan bapanya telah diperkenalkan kepada Sarjan Yusof Pantrin oleh adik tertuduh iaitu Bakrin Hadil tanpa mengetahui bahawa tertuduh dan bapanya sedang dicari oleh pihak polis.

Tertuduh, Timhar Hadil berkata pada 18 Februari 2013, beliau dan ayahnya Habil Suhaili, dibawa berjumpa dengan Sarjan Yusof di Restoran Rahmat, Bandar Lahad Datu.

Dalam pertemuan itu, Timhar memberitahu bahawa ada orang lain yang tidak dikenalinya turut berada di situ.

Menurut Timhar, ketika berjumpa dengan Sarjan Yusop, beliau ada menunjukkan dokumen yang disimpan di dalam sampul surat. Dokumen tersebut membuktikan beliau hanya bekerja sebagai pengawal peribadi kepada Sultan Sulu, Muedzul-Lail T. Kiram kerana kemahirannya dalam seni bela diri karate.

Sementara itu, Timhar berkata, dia bukan salah seorang askar penceroboh dan datang ke Sabah bukan untuk mengumpul maklumat tentang pasukan keselamatan Malaysia tetapi untuk mencari pekerjaan yang baik.

Tertuduh berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung ESOK.

Ends/Donny

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s