10/3/2016: LAGU “SETIA DI SISI” DINOBATKAN JUARA CARTA LAGU ARTIS SABAH MUSIM KE-9…

Lagu berjudul “Setia Di Sisi” yang dinyanyikan Rubisa Tiasin dan Norbert Andilah dinobatkan sebagai juara Carta Lagu Artis Sabah musim ke-9.

Lagu ciptaan Rubisa Tiasin itu berjaya menewaskan lima finalis dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Studio TV RTM Kota Kinabalu, pagi tadi.

Kejayaan itu membolehkan pemenang membawa pulang hadiah wang tunai 3-ribu 500 ringgit, piala dan sijil penyertaan dan seribu ringgit bagi kategori persembahan terbaik.

Sementara itu, lagu nyanyian Malik Nasir dan Saloma Nasir berjudul “Abadi Selamanya” yang dicipta Jasni M.Y dan lirik ditulis Johan Sewajaan memenangi kategori Lirik terbaik.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai seribu ringgit dan sijil penyertaan.

Bagi kategori pilihan pendengar pula dimenangi S. Welly dan Marlleney Fane, dengan lagu berjudul Cinta Kita hasil ciptaan Benn Simon dan Matinin Yukim.

Hadiah disampaikan Isteri Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Hajah Raya Erom. Turut hadir Pengarah Penyiaran Sabah, Haji Ali Haji Ngasio.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s