10/3/2016: PROGRAM NILAM BANTU SEMAI BUDAYA MEMBACA…..

Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan pendekatan terbaik dalam usaha menyemai tabiat membaca bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah masyarakat.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip berkata, menerusi program itu, sekolah juga dapat digalakkan untuk terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai budaya membaca.

Beliau berucap merasmikan Penutupan Karnival NILAM peringkat Negeri 2016 di Keningau. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Ahamad Haji Jais.

Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan kepada pelajar dalam galakan suka membaca buku.

Sementara itu, Tokoh NILAM bagi kategori Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris sekolah Rendah masing-masing dimenangi Mohd. Fahmi Abdul Salim dari Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Sandakan dan Maybellyn Abigail Chai May Ching dari Sekolah Kebangsaan ST. Francis Convent, Kota Kinabalu.

Bagi kategori Bahasa Malaysia dan Inggeris Sekolah Menengah pula masing-masing dimenangi Anis Arina Roslee dari SMK Telupid dan Abigail Ashwini Anak Perempuan Murali dari SMK Balung, Tawau.

Ends/Donny

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s