10/3/2016: APMM TAHAN BOT NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat lesen operasinya, awal pagi tadi.

Bot berkenaan ditahan kira-kira pukul 12.45 pagi tadi berhampiran Pulau Gaya selepas disyaki menangkap ikan di kawasan perairan kurang tiga batu nautika dari kawasan pantai.

Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz dalam kenyataan di Kota Kinabalu berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot itu menggaji awak-awak tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Kesemua awak-awak serta bot berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985.

Adam turut meminta komuniti maritim supaya menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat jenayah maritim dan sebarang kejadian bencana di laut kepada APMM.

Ends…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s